By IsmaharIsmail
Aku dah lama nak sambung video Umrah aku ni. Kene mantapkan dateline management aku ni. Sebelum ni aku buat video Daging Janda Jakarta. Yang ini video travel pulak
Asyik bertangguh, akibatnya tak jalan jalan. Aku tau tak ramai yang tunggu dan tertanya tanya. Tapi apa salah nya aku share kan. Kalau kome tak tengok dan baca, at least anak anak aku boleh tengok dan baca. hahaha
Paling penting, kalau kome dah mula baca, tonton dan follow, ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman aku. Jauh sekali untuk dijadikan panduan. Penceritaan hanyalah kepada apa yang aku lalui semata. Makanya siapa yang tak baca, tonton atau follow, RUGI!!!
Video memula sekali aku buat ialah video kat bawah ni. Kebetulan hari hari akhir di Mekah dan ada masa terluang, jadi aku edit lah sikit. Selepas video ini, baru aku tambah video yang lain lain dan aku jadikan playlist di Youtube aku. Kalau nak senang, subscribe dan follow playlist ni https://www.youtube.com/playlist?list=PLGFT27kLUg2Ma3H43dIas2T37_OOu8uge
Siri ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan bukannya sebagai panduan
Tak lama lepas video pertama, aku buat kisah perjalanan naik Flight 2 tingkat dari KUL ke Madinah. Yang ini memang ramai la yg view. Flight 2 tingkat dan bukan semua orang dapat merasa. Rezeki aku. Video kat sini https://youtu.be/gkzuI_WGH-w
Lepas dari video atas ni, lama juga lah aku amik masa untuk sambung buat balik. Since next Umrah aku plan nak buat pakai eVisa dan berjalan ke Timur Tengah, so aku rasa aku kena siapkan juga video ni untuk mudah aku nak recap nanti.
So aku pun mula continue dengan video dari Gua Hira’. Ini first time aku naik atas sebab ini kali pertama aku ke sana hahahaha. Kebetulan masa ni kurang sihat. Tapi aku gagah kan juga la seperti apa yang aku describe dalam video.
Selesai video Gua Hira’ ni, aku buat video aku sampai di Madinah. Yang ini korang kena tengok. Bukan apa, pasal view tak banyak lagi. hahahaha
Insyaallah lepas ini aku akan buat video ke Raudah dari pintu babussalam. Ini tips istimewa dari aku. Aku akan update bolg ni dari masa ke semasa insyallah.
Why So Serious!
See you in next post. Much Love!