DAGING JANDA JAKARTA
Penuh mulut aku
By IsmaharIsmail
Aku tak faham! sungguh aku tak faham. Entah kenapa video kali ini ada yang kecam aku. Padahal sebelum ini ada beberapa video lain yang aku buat…pun dapat kecaman juga. hahahaha
Apapun aku bukan nak cerita pasal kecaman orang pada aku. Aku peduli apa. Why So Serious!
Tapi itulah kita ni terkadang tidak ambil keseluruhan konteks, terus nak kecam. Tak faham cerita, terus nak kecam. Akibatnya, kita umpama memperbodohkan diri sendiri.
Beginilah, dek kerana ada beberapa kerat yang belum tengok sampai habis video ni, biar aku terangkan.
Beza di Indonesia kalau dibanding Malaysia, 2 benda ni cukup lembut dan empuk
Aku kalau kat Jakarta 2 benda paling aku suka makan.
- Daging atau Iga
- Sup Buntut (Ekor)
2 benda ni kalau ada depan mata, bini telanjang pun aku akan pastikan habis makan dulu. hahaha
Beza di Indonesia kalau dibanding Malaysia, 2 benda ni cukup lembut dan empuk. Kalau bapak mertua aku yg kurang gigi makan pun pasti boleh kunyah and telan. Cuba korang order Daging Bakar atau sup Ekor di Malaysia. Pehhh ibarat makan selipar jepun. LIAT!!! sekalai lagi aku ulang, LIAT!!!
Samaada kualiti daging (Frozen Import) atau cara masak aku tak sure. Tapi kalau di Malaysia, aku memilih makan biasa biasa bersama Teh Tarik. Aku ni pulak jenis makan tak berkira dan tak susah. Sebagaimana setia aku dalam hubungan, begitu juga lah setia aku pada makanan. Kalau aku hari hari teh tarik, hari hari lah aku teh tarik.
Antara video Jakarta yang korang kene tengok!
Balik pada cerita video Daging Janda ni, komer dah tengok? kalau belum, tengok ler.
Member aku yang intro daging nih. Namanya bukan lah daging janda pun. saja aku letak tajuk biar tajuk bercerita dan kemudian disambut dengan isi cerita. Kalau aku letak tajuk “john Makan Daging”, siapa nak peduli. Betul, aku fahamlah tentang sensitiviti. Tapi balik pada cerita, aku nak pastikan orang tengok supaya maklumat sampai. Kalau orang tak tengok, macam mana maklumat nak sampai. Ye tak?
Apapun, aku setulus fikir, tidak perlu minta maaf. Korang tengok je sampai habis and layan. Hidup ni bagus serious, tapi kalau serious sangat, pon tak boleh.
Why So Serious!
See you in next post. Much Love!